Wednesday, May 27, 2015

Al-Fatihah

26hb Mei 2015, 8 Syaaban 1436, nenek tercinta, Almarhummah Hajjah Saemah Bte Maarof, telah kembali ke Rahmatullah.

Semoga Allah mengampunkan segala dosanya yang lepas, melapangkan kuburnya seperti taman yang terindah yang dijanjikan buat orang orang yang beriman. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh dan rohnya aman disana.

Nana rindukan nenek sangat sangat. Sunyi rasanya tanpa nenek di rumah. Rindu suara nenek, ketawa nenek, cerita-cerita nenek. Ya Allah, kau tabahkan lah hatiku, berikan aku kekuatan untuk tempuhi segala ketetapan dan takdir Mu dengan redha. Aku mohon dengan Kau, jagalah nenek ku di sana sebaik mana dia telah menjaga kami semua semasa di dunia.

Nana akan sentiasa mendoakan nenek agar nenek kekal bahagia disana. Alfatihah buat nenek ku yang tercinta. 1917-2015

No comments:

Post a Comment