Saya minta maaf sangat-sangat sebab kebelakangan ini, saya memang degil nauzubillah. Awak terpaksa melayan kerenah saya yang tak sudah-sudah. Saya tawu kebelakangan ini, awak sangat kecewa dengan saya.
Saya tawu saya selalu tak dengar kata awak. Saya tak pikir panjang sebelum buat sebarang keputusan. Saya tawu saye degil. Dah macam-macam halangan terjadi depan mata saya pun, saya masih berdegil jugak. Lepas dah terhantuk,baru saye sedar. Sorry okay sayang.
Awak tahu kan saya sayangkan awak. Awak bukan sekadar kawan je sayang. Jangan cakap macam tu lagi k? Saya perlukan lebih masa untuk belajar untuk buat keputusan. Jadi saya tawu bezakan yang mana betul yang mana salah. Bukan saya langsung tak nak dengar cakap awak. Saya tawu kesalahan saya sayang. Saya janji, saya akan dengar dan ikut cakap awak okay sayang.
Insyaallah,lepas ini saya tak akan ulangi sikap degil saya ini okay? Saya nak belajar ikut cakap awak, hormati awak, dengar nasihat dan teguran awak okay sayang? Saya tak nak jadi isteri yang derhaka pada masa hadapan selepas menjadi yang halal bagi awak. Saye betul betul kesal sayang. Maafkan saya okay?
Kalau saya buat silap, awak tolong tegurkan okay sayang? Insyaallah, saya akan cuba memperbaiki diri saya.
Tak sabar saya nak jumpa awak untuk 2nd monthsary kita! Hehehe. Love you bie <3
Saya terjumpa ni. Useful jgak buat masa hadapan kita. Insyaallah, hubungan kita berkekalan. Hehehee :)
1. Jika anda baru berkahwin (masih dalam keadaan kentut pun masih wangi), anjurkan secara bersama untuk rebiu pencapaian anda berdua setiap bulan. Luangkan awal bulan semasa mendapat gaji untuk tu, duduk bersantai tegur menegur kesilapan sebulan yang lalu. Biarkan suami anda yang menegur kesilapan anda dulu, selepas itu peluang anda pula mem"bantai" dia (cara lembut la ya). Insya Allah, pasti suami ini tersedia kotak menerima teguran di atas kepalanya waktu itu.
2. Bagi mereka yang dah lama berkahwin dan rasa kekok pula nak buat secara bulanan, elok dibuat semasa samburan ulang tahun perkahwinan.
3. Kalau tidak juga selesa untuk ditegur pada hari sambutan ulang tahun, takut "anti climax" pula majlis itu nanti, anda tetapkan tarikh dan masa yang sesuai. Mungkin 2-3 hari selepas dia membuat silap itu, dengan mengatakan, "Abang, saya ada perkara yang minta pandangan abang. bila agaknya abang free, perkara ini mengenai saya dan abang juga. Tak lama, mungkin 10 minit je". Insya Allah suami anda boleh mendengarnya kerana anda telah memberi dia peluang menentukan kotak mana nak digunakan dan termasuk sekali had masa kotak yang akan dia guna itu (10 minit).
No comments:
Post a Comment